Friday, November 20, 2009

Malaysian Skateboarder Dilema Continues


Skatepark Mt Kiara tutup lagi, apa yang saya dapat tahu ia disebabkan oleh vandadisma ke atas tandas dan barangan budak2 B-boys tapi tak tahu sapa punya kerja. Yang dipersalahkan skater dan yang menjadi mangsa kami yang betul2 ingin berlatih. Di Malysia ni ada satu saja vert ramp yang sesuai untuk vert skating ialah di Mt Kiara ni lah tapi kalau dah tutup dan tak diberi tahu sampai bila dibuka semula kami yang menjadi mangsa. MSN berikan kemudahan tapi Rakan Muda pula menghalang.

Selepas 2 tahun mewakili Malaysia untuk vert skating saya masih tidak mempunyai jurulatih, berlatihpun sendiri ikut video Youtube pro skateter international. Jatuh dan cederapun tak ada yang merawat. Setelah sebulan lebih tak boleh skate sebab cedera, sekarangni skatepark ditutup pula kerana sebab yang remeh.

Pusat Rakan Muda sepatutunya memberi kemudahan untuk gulungan muda bersukan dan beriadah dan jika
gulungan muda ini dihalang mendapat kemudahan tidak hairanlah gejala anti sosial dikalangan mereka semakin menjadi-jadi. Ternyata hasrat murni kerajaan terbantut dan pusat Rakan Muda digunakankan oleh golongan tertentu untuk menyalah guna kuasa

Kami sebagai ahli sukan negara tidak mendapat memperbaiki prestasi tanpa sokongan pihak semua, bukan saja dari segi peralatan, juga dari segi moral. Kami akui sukan eksrim di Malaysia ini tidak diketahui ramai tetapi bila diluar negara kami juga mahu mengharumkan nama negara.